| Overall, puas hati.. Tiada yang kurang |
Tarikh Penginapan : 22 Disember 2018
Pertama sekali terima kasih Ika sebab faham dengan situasi kontena kami. Pada awalnya berat hati juga kami nak sewakan memandangkan kapasiti kontena yang kecil. Namun, Ika dan keluarga sangat berbudi bahasa menjaga kontena kecil kami ni umpama milik mereka sendiri.
Mereka menyewa Yellow dan Purple Cube untuk 1 malam. Booking melalui whatsapp. Tertarik dengan kelengkapan BBQ yang kami tawarkan. Mudah untuk 'gathering' bersama keluarga katanya. Mereka mengambil peluang untuk berjalan-jalan di Pulau Pangkor di siang hari, dan di malam hari BBQ pula di Kontena.
Alhamdulillah, Ika dan sekeluarga seronok menetap di Kontena. Tiada apa yang kami harapkan selain kegembiraan guest kami. Panjang umur jumpa lagi ya Ika!
Puan Atikah dan keluarga |
Follow Kami Di Facebook : https://www.facebook.com/lumutcubekontena/
No comments:
Post a Comment